PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASI SAINS UMK 2022/2023

 

31/7/2022 | Alhamdulillah selesai jayanya sesi pendaftaran pelajar baharu Asasi Sains UMK bagi sesi akademik 2022/2023 di UMK Kampus Jeli melibatkan kerjasama bersepadu JPSU, HEPA, CCI, FIN dan lain-lain entiti PTj.

Bagi memastikan kelancaran sesi pendaftaran, kami pasukan Infostruktur CCI sedaya upaya menyokong dan melakukan penambahbaikan berterusan terhadap sistem aplikasi kemasukan, pendaftaran dan penginapan agar proses bisnes lebih efisien dan sistematik. Ini dibuktikan apabila sistem aplikasi dikendalikan sepebuhnya oleh pemilik sistem dan pengguna bermula dalam peringkat muatnaik data UPU sehingga pengambilan kunci penginapan oleh pelajar.

Semoga semangat kerjasama yang dipupuk ini berterusan dan didoakan dipermudah segala urusan.