Roadshow Penstrukturan Program Fakulti dan Semakan Pra-Proses Audit Pengijazahan (UMK Kampus Kota)

Roadshow Penstrukturan Program Fakulti dan Semakan Pra-Proses Audit Pengijazahan yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Akademik (BPA).

Sesi ini melibatkan aktiviti demonstrasi penggunaan sistem, membuat semakan dan penyesuaian data serta mengemaskini/memurnikan data struktur bagi Fakulti Keusahawan & Perniagaan (FKP), Fakulti Hospitaliti Pelancongan & Kesejahteraan (FHPK) dan Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) untuk Sistem Penjadualan dan Sistem Audit Ijazah yang dikendalikan oleh Encik Mohd Nazree Abu Bakar dan Encik Mohamad Shazwan Mohd Din dari Seksyen Sistem Maklumat, Bahagian Infostruktur, CCI.

Tahniah dan terima kasih atas usaha sama semua yang terlibat dalam sesi ini