PUSAT KOMPUTERAN DAN INFORMATIK
Universiti Malaysia Kelantan

MENGENAI PUSAT KOMPUTERAN DAN INFORMATIK


Pusat Komputeran & Informatik (CCI) ditubuhkan pada awal tahun 2007 yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Infra & ICT. Ia merupakan pusat yang dipertanggungjawab bukan sahaja ICT malahan merangkumi pembangunan, penyelenggaraan dan perkhidmatan elektrikal, mekanikal dan awam. Pada tahun 2009, Jabatan Infra & ICT  dipecahkan kepada Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) yang fokus kepada ICT manakala Jabatan Pembangunan, Infrastruktur dan Perkhidmatan (JPIP) kepada pembangunan, penyelenggaraan bangunan (fizikal) Universiti dan perkhidmatan kejuruteraan elektrikal, mekanikal, awam, arkitek dan ukur bahan. Pada tahun akhir 2011, proses perekayasaan dijalankan dengan perstrukturan semula menjadikan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) kepada Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Kini pada tahun 2016, pembaharuan telah dilaksanakan dengan menjadikan Pusat Teknologi Maklumat (PTM) kepada Pusat Komputeran dan Informatik (CCI).

Bagi merialisaikan kelestarian operasi ICT, pengurusan telah menetapkan lima (5) hala tuju seperti berikut :-

1) Pusat Khidmat  Kepakaran ICT  

  • Pembangunan Profesonal ICT 
  • Penyelidikan, pembangunan dan Inovasi
  • Perkhidmatan kepakaran ICT dan operasi

2) Perancangan dan pembangunan strategik ICT 

  • Perkongsian bidang kepakaran daripada industri dan akademia
  • Mengawal selia dan mengurusetia jawatankuasa di bawah ICT

3) Mekanisma penjanaan pendapatan ICT 

  • Menawarkan latihan ICT, khidmat rundingan bagi memenuhi keperluan modal insan dan peningkatan kompetensi

4) Kerjasama kepakaran akademik dan professional dalam bidang ICT 

  • Libatsama kepakaran dan pengalaman akademik dan industri dalam pembangunan dan peningkatkan perkhidmatan ICT Universiti

5) Meningkatkan kualiti perkhidmatan ICT 

  • Penggunaaan teknologi terkini dalam menyokong proses bisnes Universiti
  • Melaksanakan penanda aras dalam kalangan agensi atau industri

LANGGAN BERITA

Langgan berita kami untuk dapatkan update terkini melalui email anda.