PUSAT KOMPUTERAN DAN INFORMATIK
Universiti Malaysia Kelantan

Pembangunan Laman Web



HOSTING LAMAN WEB

Kami menawarkan perkhidmatan web hosting kepada PENGGUNA untuk persidangan, kelab atau acara. Kami juga menyediakan dedicated server untuk membolehkan anda membuat penyesuaian maksimum dan konfigurasi pelayan dan aplikasi. Setiap jabatan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) amat disyorkan untuk mewujudkan portal jabatan / fakulti untuk memudahkan kerja-kerja penyampaian maklumat kepada orang ramai. Kandungan portal/laman web akan diuruskan sepenuhnya oleh pentadbir daripada pusat tanggungjawab (PTJ) masing-masing. Setiap jabatan perlu mempunyai jawatankuasa portal atau web sendiri untuk mewujudkan pengagihan kerja dengan cara yang lebih sistematik dan teratur. Aktiviti ini secara tidak langsung akan membantu pentadbir dalam memastikan PTJ dapat menyebarkan maklumat terkini dari masa ke semasa. Perkhidmatan web hosting kami hanya terpakai kepada jabatan dan organisasi di dalam Universiti Malaysia Kelantan (UMK) buat masa ini.

 

 

PEMBANGUNAN LAMAN WEB

Pusat komputeran & Informatik CCI menyediakan perkhidmatan laman web termasuk pendaftaran nama domain atau URL, Perundingan dan khidmat nasihat tema atau rangka reka bentuk, seni bina dan organisasi kandungan, termasuk konfigurasi laman web serta pelaksanaan.

 

 

 

LANGGAN BERITA

Langgan berita kami untuk dapatkan update terkini melalui email anda.