Sistem ‘Smart Tracking’ merupakan aplikasi berasaskan telefon pintar (Android dan iOS) dan Web (Dashboard) yang dibangunkan oleh Pusat Komputeran dan Informatik (CCI) dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti, Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Pejabat Pendaftar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam usaha mengesan lokasi staf dan pelajar berdasarkan koordinat GPS, tahap kesihatan dan status mengikut rantaian wabak COVID-19 (Kategori A-E) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).