Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

Pengurusan Teknikal

 

Perkhidmatan Rangkaian

• Menyediakan dan Mengurus Infrastruktur rangkaian meliputi LAN (Local Area Network), MAN (Metropolitan Area Network) dan WAN (Wide Area Network) yang selesa, tegar (robust), kebolehpercayaan (reliable) dan selamat (secure) untuk menyokong semua keperluan ICT lain dan Warga UMK

• Menyediakan capaian ke Rangkaian MYREN dan EGNet

• Menyediakan dan mengurus keperluan rangkaian secara berwayar (wired) dan rangkaian tanpa wayar (wireless) untuk menyokong keperluan infrastruktur UMK

• Menyediakan Pengurusan Alamat IP (Internet Protocol) dalaman dan segmen VLAN dalam dan Intercampus untuk keperluan peralatan dan perkakasan di dalam rangkaian

• Menyediakan khidmat nasihat dari segi keperluan rangkaian di lokasi dan penyediaan spesifikasi keperluan untuk proses perolehan

• Menyediakan Latihan Perkongsian Maklumat berkaitan rangkaian

• Penyelesaian aduan Perkhidmatan Rangkaian dengan menyediakan platform status rangkaian untuk pemantauan dan rujukan Warga UMK 


Perkhidmatan Telekomunikasi

• Menyediakan dan Mengurus Infrastruktur Telefon & Fax yang tegar (robust), kebolehpercayaan (reliable) dan selamat (secure) kepada Warga UMK

• Menyediakan Pengurusan Nombor Telefon merangkumi peruntukan nombor sambungan (extension), naiktaraf kategori nombor, pindahan nombor mengikut lokasi pemohon, hunting, diversion dan penamatan nombor telefon

• Mengganti unit telefon rosak, pengesahan penggunaan telefon (phone authorization) dan AA (Automatic Attendance)

• Menyediakan billing untuk penggunaan telefon

• Menyediakan bantuan teknikal untuk sesi Telesidang Video

• Menyediakan khidmat nasihat dari segi keperluan telefon dan telesidang video di lokasi dan penyediaan spesifikasi keperluan

• Menyediakan keperluan telefon, telesidang audio dan telesidang video untuk menyokong aktiviti UMK berdasarkan permohonan

• Menyediakan Latihan Perkongsian Maklumat berkaitan Sistem Telefon,  dan Telesidang Video

• Penyelesaian aduan Perkhidmatan Telekomunikasi dengan menyediakan perkhidmatan UC (Unified Communication) yang merangkumi integrasi fungsi Telefon, E-Mail, Video dan Fail/Program kepada Warga UMK


Perkhidmatan Keselamatan

• Bertindak memberi khidmat nasihat, pemantauan terhadap sistem aplikasi serta merangka strategi khusus dalam menangani masalah ancaman siber semasa

• Menyediakan semua infrastruktur keselamatan ICT menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Dasar Keselamatan ICT dan Arahan Keselamatan

• Menyedia dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT bagi tujuan audit keselamatan ICT

• Mengenal pasti bidang-bidang keselamatan ICT yang perlu diberi perhatian rapi dan mengambil tindakan segera mengatasinya

• Memastikan tahap keselamatan ICT adalah terjamin setiap masa

• Menyediakan maklumat dan memberi kesedaran terhadap keperluan standard, garis panduan, prosedur dan langkah  keselamatan di bawah Dasar Keselamatan ICT UMK

• Menjalankan penilaian risiko dan program keselamatan berpandukan kepadastandard, garis panduan, prosedur dan langkah keselamatan ICT. Proses penilaian risiko ialah proses menganalisis dan menterjemah risiko

• Mengadakan Pelan Rancangan Pematuhan yang bertujuan untuk mengurus risiko yang timbul akibat daripada ketidakpatuhan kepada standard, garis panduan, prosedur dan  langkah keselamatan ICT

• Menerima laporan insiden pencerobohan dan pelanggaran polisi keselamatan dan mengambil tindakan

• Membantu dalam pembangunan khusus bagi standard atau garis panduan yang mematuhi keperluan Rangka Dasar Keselamatan ICT bagi semua aplikasi dalam Universiti;

• Sentiasa bersedia dan menyebarkan amaran awal terhadap ancaman-ancaman yang boleh menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT

• Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT dalam Universiti.


Perkhidmatan Pusat Data

• Mengkaji dan merancang keperluan infrastruktur ICT untuk operasi sistem, perkakasan dan perisian

• Menyelia dan melaksanakan prosedur operasi Pusat Data bagi memastikan operasi Pusat Data adalah jelas, dipatuhi dan di laksana dengan lancar

• Menyediakan computing power merangkumi server, storan dan ruang melalui persekitaran fizikal dan virtual yang memenuhi keperluan pengguna.

• Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal yang berkaitan dengan komputer pelayan

• Menyediakan dan menyeragamkan perkhidmatan plan pemulihan bencana bagi setiap pelayan yang dipertanggungjawabkan.

• Menyelaras dan mengurus ciri-ciri keselamatan asas 

• Menyediakan dan mengemas kini dokumentasi serta menjalankan audit inventori perkakasan di Pusat Data untuk rujukan penambahbaikan

• Menyedia, mengurus, mengoperasi dan memantau pengoperasian perkhidmatan laman web bagi PTJ/Bahagian/Jabatan secara Web Hosting

• Menyedia, mengurus, mengoperasi dan memantau pengoperasian perkhidmatan laman web bagi PTJ/Bahagian/Jabatan secara Web Hosting

• Memastikan operasi dan fasiliti Pusat Data beroperasi dengan lancar 24 x 7 dan 365 hari

 

Perkhidmatan ELV

• Pengurusan dan penyeliaan proses pembelajaran dan pengajaran di UMK.

• Audio Visual Bilik Kuliah, Dewan Kuliah, Makmal Komputer gunasama, Dewan Keusahawanan dan Bilik Mesyuarat Utama Universiti

• Penyelenggaraan alat ICT

• Pengurusan dan penyeliaan staf, kelengkapan dan persediaan untuk program utama Universiti

• Mengurus dan menyelia  Sistem Kawalan Pintu Di Universiti Malaysia Kelantan

• Mengurus dan menyelia  Sistem CCCTV Universiti dan  Standalone CCTV

• Mengurus dan menyelia pembahagian  alatan  ICT kepada  staf Universiti

 

PERKHIDMATAN KAUNTER ICT

AHAD - RABU

8:00 AM - 5:30 PM 

KHAMIS

8:00 AM - 4:0PM 

JUMAAT, SABTU , CUTI UMUM 

TUTUP

 

Pelawat

0003778
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
30
17
228
519
781
747
3778

Forecast Today
24

37.56%
39.68%
9.00%
0.26%
0.03%
13.47%