Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

Mencegah Penyebaran Ransomware

Pusat Komputeran dan Informatik menyeru semua warga Universiti Malaysia Kelantan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan data Universiti dan data peribadi berada pada tahap tertinggi, seterusnya mencegah insiden keselamatan seumpama ini daripada  terjadi di Universiti.

 

Pentadbir sistem komputer dan pengguna komputer adalah disarankan untuk mengambil langkah-langkah berikut untuk mencegah penyebaran ransomware:-

 

Sentiasa melakukan backup ke atas data secara berkala. Ini untuk membolehkan proses pemulihan data dilakukan dengan mudah sekiranya diserang. Data backup hendaklah disimpan di tempat berasingan dari sistem yang digunakan.

Sentiasa mengemaskini perisian antivirus yang digunakan.

Sentiasa mengemaskini perisian Windows dan perisian yang dipasang.

Sentiasa berhati-hati membuka kepilan emel terutamanya daripada orang tidak dikenali.

Sentiasa berhati-hati untuk tidak membuka pautan (links) laman web di dalam emel yang dicurigai.

Sentiasa menghindarkan diri daripada laman-laman web yang tidak selamat dan mempunyai reputasi keselamatan yang rendah.

Sentiasa mematuhi best and safe practices yang disarankan semasa melayari laman web.

 

Sekiranya komputer telah diserang dan disyaki diserang. Langkah-langkah berikut hendaklah diambil:-

Tutup komputer dengan kadar yang segera untuk menghentikan lebih banyak fail diserang.

Menghubungi khidmat meja bantuan Pusat Komputeran dan Informatik secepat mungkin untuk mendapatkan bantuan.

 

Khidmat meja bantuan Pusat Komputeran dan Informatik boleh dihubungi melalui talian 09-771-7117 (Kampus Kota), 09-779-7067 (Kampus Bachok) dan 09-947-7117 (Kampus Jeli).

 

Justeru itu, warga UMK adalah diseru untuk peka terhadap bahaya ancaman ransomware ini agar insiden serangan ini  dapat dielakkan dan tidak berlaku di dalam persekitaran Universiti. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan data dan maklumat Universiti  dalam keadaan selamat dan dilindungi.

PERKHIDMATAN KAUNTER ICT

AHAD - RABU

8:00 AM - 5:30 PM 

KHAMIS

8:00 AM - 4:0PM 

JUMAAT, SABTU , CUTI UMUM 

TUTUP

 

Pelawat

0003759
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
11
17
209
519
762
747
3759

Forecast Today
24

37.75%
39.88%
9.04%
0.27%
0.03%
13.04%