19/7/2022| Alhamdulillah bengkel ini dilaksanakan bagi menyeragamkan capaian data dan maklumat dalam portal, perkongsian sumber merentasi PTj dalam satu platform CMS bersepadu baharu melalui kolaborasi Pusat Komunikasi Korporat (PKK) bersama Pusat Komputeran Informatik (CCI) dan semua PTj (Pentadbiran). Bengkel dimulai dengan aluan Pengarah PKK, En. Mohd Adzwan Bin Kamaruzaman disusuli taklimat oleh YM Tuan Zulkipeli Bin Tuan Yeh (PKK), En Mohammad Thalhah Amir Bin Abdul Rahman (CCI) bagi tujuan akses penggunaan dan kemaskini. Turut hadir sama Pn Noradilah Ismail, Ketua Bahagian Infostruktur CCI bersama pasukan teknikal CCI. Diharapkan sesi TOT ini dapat memupuk budaya kerja berpasukan serta usaha sepakat membawa berkat. Terima kasih semua atas komitmen. Tahniah tim Info CCI atas kepakaran membangunan platform CMS sendiri dan inetgrasi dan tidak lagi kepada Joomla! atau lain-lain platform CMS