2 - 3 Disember 2024: Sebagai tanda prihatin dalam pasukan CCI, kerja-kerja bantuan pembersihan dan pencucian telah dilaksanakan oleh staf CCI secara gotong-royong di beberapa buah rumah staf CCI yang terkesan akibat banjir yang melanda baru-baru ini. Aktiviti ini dilaksanakan secara agihan beberapa pasukan kecil dan pelaksanaan aktiviti dijalankan secara sukarela.
Apa yang diharapkan menerusi inisiatif aktiviti ini adalah semangat bersama dalam satu pasukan dan diharapkan semoga staf CCI yang terkesan dengan banjir dapat mendepani situasi ini dengan redha dan tenang.
# CCI CAKNA