27 Oktober 2024| Kursus secara dalaman CCI bagi Penyediaan Minit Mesyuarat telah diadakan di Bilik Perbincangan CCI UMK Bachok. Seramai 12 orang staf CCI dari latar belakang Pentadbiran dan juga teknikal mewakili 3 kampus telah hadir pada Kursus ini.
Menerusi kursus ini, staf diajar mengenai tatacara format penulisan minit mesyuarat serta kandungan ayat dalam penulisan minit berkenaan. Staf CCI juga diberikan tugas untuk menyiapkan minit secara ad hoc bagi tujuan memastikan keberkesanan kursus ini tercapai.
Program seumpama ini akan dianjurkan secara berkala bagi memastikan staf multi tasking dan mempunyai nilai tambah kompetensi sepertimana yang disasarkan.
# CCI: PENGURUSAN TADBIR URUS CEKAP DAN BERKESAN