
27 Februari 2025: Program Jentik Hati CCI Siri 1/2025 dengan tajuk Persiapan Menyambut Ramadhan Bersama Ustaz Khairuddin bin Mat Lazim, Pembantu Hal Ehwal Islam Pusat Islam UMK telah berlangsung di ruang lobi CCI UMK Bachok. Seramai 50 orang staf CCI telah hadir pada program ini. Program yang dianjurkan secara berkala ini merupakan inisiatif dari pihak CCI dalam membina dan membentuk warga CCI agar mempunyai keperibadian tinggi dengan nilai-nilai murni. Menerusi sesi yang diadakan ini, pelbagai perkongsian amalan terbaik telah dikongsikan oleh Ustaz Khairuddin kearah persiapan dalam memantapkan pengisian dalam Bulan Ramadhan.
# BERSAMA MENSYUKURI NIKMAT DAN SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN BULAN RAMADHAN.
