12-Nov-2024

SESI JELAJAH SEKSYEN BAYARAN PEMBEKAL PEJABAT BENDAHARI BERSAMA PUSAT KOMPUTERAN DAN INFORMATIK (CCI)


Sesi Jelajah Seksyen Bayaran Pembekal Pejabat Bendahari bersama Pusat Komputeran dan Informatik (CCI) telah diadakan di Bilik Perbincangan CCI Kampus Bachok. Sesi yang berlangsung selama hampir 3 jam ini antara lain melibatkan taklimat/ penerangan dari wakil Bendahari berkaitan proses dan prosedur serta penerangan berkaitan pengisian dokumen kewangan (khususnya Borang Pesanan Belian melibatkan Bayaran Tanpa Pesanan Tempatan serta Borang Permohonan Pembelian (RO)dan senarai semak dokumen Bayaran Pembekal dan Kontraktor) yang telah dikuatkuasakan penggunaannya pada 10 November 2024).

Turut diadakan adalah sesi soal jawab antara CCI dengan wakil Pejabat Bendahari berhubung persoalan pembayaran pembekal khususnya melibatkan projek dibawah CCI serta dalam ruang lingkup pengurusan aset/ inventori.





ARCHIVE
2025
January (3)
2024
December (3)
November (2)
October (4)
September (3)
August (6)
July (2)
2023
May (2)
April (3)