Video Pengenalan EKSA CCI

PENGENALAN (EKSA SUBZON - HANG LEKIR)

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN PUSAT KOMPUTERAN DAN INFORMATIK (CCI)

Pusat Komputeran dan Informatik (CCI) telah ditubuhkan pada tahun 2007. Pusat ini dahulunya dikenali sebagai Jabatan Infra & ICT. Peranan Pusat ini pada ketika itu merangkumi teknologi maklumat, pembangunan, penyelenggaraan dan perkhidmatan elektrikal, mekanikal dan awam. Manakala pada tahun 2009, Jabatan ini telah distrukturkan kembali kepada dua (2) Jabatan utama iaitu Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) yang memfokus kepada ICT serta Jabatan Pembangunan, Infrastruktur dan Perkhidmatan (JPIP) memfokus kepada pembangunan, penyelenggaraan bangunan (fizikal) Universiti dan perkhidmatan kejuruteraan elektrikal, mekanikal, awam, arkitek dan ukur bahan.

Seiring dengan perkembangan, peredaran dan pemerkasaan bidang teknologi maklumat, JTMK telah dijenamakan baharu kepada Pusat Teknologi Maklumat (PTM) pada tahun 2011 dan seterusnya pada tahun 2016 dikenali sebagai Pusat Komputeran dan Informatik (CCI).

SIMBOLIK IKON HANG LEKIR PADA CCI DAN EKSA

Hang Lekir bin Hang Mansur merupakan salah seorang dari lima (5) pahlawan melayu bersaudara yang terkenal pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Hang Lekir merupakan antara pahlawan melayu gagah perkasa yang mempertahankan bumi Melaka dari semua ancaman luar dan dalam. Bukan hanya memiliki ketokohan kepimpinan dan kepemimpinan, Hang Lekir juga handal dalam seni mempertahankan diri, seorang yang berani, berdisiplin, berintegriti tinggi dan amanah dengan tanggungjawab yang diberikan terutama dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan Melaka bersama saudara pahlawannya. Kesetiaan pada Pemimpin (Sultan) dan sokongan kepada sahabat menyebabkan lima pahlawan ini terus gah sebagai wira pahlawan terkenal sehingga hari ini.

Dalam konteks ini, CCI mengadaptasi dan mengaspirasikan Hang Lekir sebagai ikon/ idola utama dalam memastikan amanah yang dipertanggungjawabkan dipikul dan dilaksanakan sebaik mungkin berteraskan kepada prinsip sepertimana dipegang oleh Hang Lekir. Pelaksanaaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) misalnya merupakan antara contoh dimana kesungguhan dan disiplin dalam membudayakan EKSA dalam organisasi telah diterapkan dalam diri setiap warga CCI. Warga CCI komited untuk melaksanakan EKSA dan ingin menjadi contoh kepada warga Universiti dalam praktis dan asimilasi etika EKSA dalam organisasi seiring dengan gagasan pepatah melayu lama “Berat Sama Dipikul Dan Ringan Sama Dijinjing” serta “Bulat Air kerana Pembentung dan Bulat Manusia Kerana Muafakat”.

#CCI Can Do It
#CCI Adapts the Spirit of Hang Lekir

AJK CCI EKSA

VISI

Memantapkan pengurusan persekitaran serta kualiti penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan produktif.

MISI

Merealisasikan pembudayaan EKSA dalam kalangan warga UMK secara berterusan bagi mewujudkan perkhidmatan yang berkualiti melalui persekitaran kerja yang kondusif, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga universiti.

PELAN LANTAI

CARTA PERBATUAN

Milestone Chart

AKTIVITI SUBZON 2025

EKSA 2025 Poster 1
EKSA 2025 Poster 2
EKSA 2025 Poster 3
EKSA 2025 Poster 4
EKSA 2025 Poster 5
EKSA 2025 Poster 6
EKSA 2025 Poster 7
EKSA 2025 Poster 8
EKSA 2025 Poster 9
EKSA 2025 Poster 10
EKSA 2025 Poster 11
EKSA 2025 Poster 12
EKSA 2025 Poster 13
EKSA 2025 Poster 14

AKTIVITI SUBZON 2024

BROSUR EKSA

BROSUR EKSA

   

Kemaskini Terakhir: 8 October 2025