JAWATANKUASA CCI

JAWATANKUASA EKSEKUTIF - JKE


PENGENALAN JAWATANKUASA          

EKSEKUTIF CCI (JKE CCI)

Jawatankuasa Eksekutif CCI (JKE CCI) merupakan sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah governan ICT yang berperanan dalam membincangkan pengurusan dan perlaksanaan semua hal ehwal pengurusan Strategik ICT selaras dengan Pelan Strategik UMK.


 

 

TERMA RUJUKAN          

JAWATANKUASA EKSEKUTIF (JKE CCI)

  1. Menilai dan memproses semua permohonan yang di usulkan;
  2. Memantau kemajuan pembangunan dan perlaksanaan projek/inisiatif ICT Universiti yang telah diluluskan;
  3. Mengenalpasti masalah dan isu semasa dalam pembangunan atau perlaksanaan projek ICT;
  4. Pelaporan setiap bahagian; dan
  5. Merancang dan memantau urus tadbir CCI selaras dengan Pelan Strategik UMK

 

 

 

JAWATANKUASA TEKNIKAL CCI - JKTCCI


 

TERMA RUJUKAN          

JAWATANKUASA TEKNIKAL CCI(JKT CCI)

  1. Melaksanakan semakan dan kelulusan spesifikasi teknikal ICT bagi semua PTJ berdasarkan peraturan yang berkuatkuasa
  2. Melaksanakan perakuan teknikal & kelulusan teknikal ICT berdasarkan had nilai anggaran harga
  3. Melaksanakan penilaian harga & penilaian teknikal ke atas dokumen sebutharga CCI/PTJ
  4. Menyediakan Pelaporan kepada Jawatankuasa Sebutharga Universiti;

 


 

PENGERUSI:

 

AHLI:

 

PEMBENTANG:

 

URUSETIA:

 


 

 

PENGERUSI:

     (BERDASARKAN HAD KELULUSAN PEROLEHAN UMK)

 

AHLI:

 

URUSETIA:

 


 

 

PENGERUSI:

 

AHLI:

 

URUSETIA:

 

 

JAWATANKUASA TEKNIKAL ICT- JKTICT

 


 

PENGENALAN       

JAWATANKUASA TEKNIKAL TEKNOLOGI MAKLUMAT(JKTICT) UNIVERSITI

Jawatankuasa Teknikal Teknologi Maklumat (JKTICT) merupakan sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah JKPICT Universiti yang berperanan dalam membincangkan perlaksanaan semua hal ehwal pengurusan strategik ICT selaras dengan Pelan Strategik UMK

Penubuhan JKTICT yang dicadangkan akan menggabungkan tiga jawatankuasa iaitu:

 


 

 

TERMA RUJUKAN       

JAWATANKUASA TEKNIKAL TEKNOLOGI MAKLUMAT (JKTICT) UNIVERSITI

 

  1. Memproses dan menilai semua permohonan perolehan projek/inisiatif ICT universiti
  2. Mengesyorkan perakuan teknikal projek/inisiatif ICT universiti kepada JKPICT Universiti (JKPICT)
  3. Memantau kemajuan pembangunan dan perlaksanaan projek/inisiatif ICT universiti yang telah diluluskan oleh JKPICT Universiti (JKPICT), JPICT KPM dan Jawatankuasa Teknikal Sektor Awam (JTISA) MAMPU
  4. Mengenal pasti masalah dan isu semasa dalam pembangunan atau perlaksanaan projek ICT dan mengesyorkan cadangan penyelesaian kepada JKPICT Universiti (JKPICT)
  5. Menyediakan laporan kepada JKPICT Universiti mengikut keperluan
  6. Menilai dan Meluluskan projek ICT berdasarkan kepada keperluan sebenar dan dengan perbelanjaan yang berhemah serta mematuhi peraturan-peraturan semasa yang berkaitan berdasarkan had nilai yang telah diluluskan

 


 

100%

 

PENGERUSI:

KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (UMK CIO)

 

AHLI TETAP:

 

AHLI TAMBAHAN PENILAI JADUAL PENENTUAN TEKNIKAL BAGI PEROLEHAN DALAM SKOP ICT:

 

URUSETIA

PUSAT KOMPUTERAN & INFORMATIK (CCI)

 

 


 

JAWATANKUASA PEMANDU ICT- JKPICT

 


 

PENGENALAN       

JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JKPICT) UNIVERSITI

 

Majlis Teknologi Maklumat (MICTU) UMK ditubuhkan pada 2009 yang bertanggungjawab dalam pembangunan ICT secara keseluruhan

 

Pada 2011, Majlis ICT Universiti (MICTU) telah membuat semakan semula di mana beberapa fungsi utama majlis telah ditambah baik selaras dengan penambahbaikan yang dibuat di peringkat MAMPU pada 2009 dalam pengurusan ICT menerusi penubuhan jawatankuasa pemandu yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pemandu ICT dan Jawatankuasa Teknikal ICT

 

Pada 2011, penjenamaan semula Majlis Teknologi Maklumat (MICTU) kepada Jawatankuasa pemandu teknologi Maklumat (JPICTU) sebagai usaha pemerkasaan tadbir urus jawatankuasa dalam menentukan dasar-dasar ICT Universiti dan membuat pemantauan, penyelarasan dan penilaian projek-projek ICT UMK

 

Selain itu, JPICTU juga turut bertanggungjawab dalam penetapan dan penggubalan keselamatan ICT termasuk memperakukan  dasar, peraturan, garis panduan, tatacara bagi memastikan pemakaian pekeliling-pekeliling serta arahan kerajaan dipatuhi

 


 

 


 

JKPICT Universiti ditubuhkan ini berperanan sebagai jawatankuasa yang akan mengukuhkan operasi dan perlaksanaan ICT di UMK dari segi penyelarasan permohonan dan perolehan projek-projek ICT, menggubal dasar dan polisi ICT berdasarkan Pelan Strategik ICT (ISP)

 

JKPICT Universiti yang dibentuk ini juga bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaporkan hal ehwal pengurusan dan penyelerasan berkaitan ICT kepada Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) UMK, JKPICT UMK juga turut sebagai penghubung dan melaporkan kepada JPICT & JTICT bagi Kementerian Pendidikan Malaysia dan JTISA MAMPU bagi permohonan dan perolehan berkaitan ICT

 


 

 


 

TERMA RUJUKAN       

JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JKPICTU) UNIVERSITI

  1. Menetapkan arah tuju dan strategi untuk pembangunan dan pelaksanaan ICT;
  2. Merancang, mengenal pasti dan mencadangkan sumber seperti kepakaran, tenaga kerja dan kewangan yang diperlukan bagi melaksanakan arah tuju/strategi ICT;
  3. Merancang dan menyelaras pembangunan dan pelaksanaan program/projek ICT;
  4. Menyelaras dan menyeragamkan pembangunan ICT agar selari dengan pelan strategik organisasi dan pelan strategik ICT;
  5. Menilai dan Meluluskan projek ICT berdasarkan kepada keperluan sebenar dan dengan perbelanjaan yang berhemah serta mematuhi peraturan-peraturan dan pelaksanaan ICT;
  6. Mengikuti dan memantau perkembangan program ICT serta memahami keperluan, masalah dan isu yang dihadapi dalam pembangunan dan pelaksanaan ICT;
  7. Merancang dan menentukan langkah-langkah keselamatan ICT;
  8. Mengemukakan perolehan ICT yang telah diluluskan di peringkat JKPICTU kepada JPICT Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kelulusan; dan
  9. Mengemukakan laporan kemajuan projek ICT yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Teknikal Sektor Awam (JTISA) MAMPU kepada JPICT Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut tempoh yang telah ditetapkan

 


 

PENGERUSI: NAIB CANSELOR ATAU PEGAWAI YANG DITURUNKAN KUASA

 

AHLI:

  1. TIMBALAN NAIB CANSELOR (P&I) MERANGKAP CIO

  2. TIMBALAN NAIB CANSELOR (TNC A&A)

  3. TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEPA)

  4. PENDAFTAR

  5. BENDAHARI

  6. KETUA PUSTAKAWAN

  7. PENGARAH PUSAT KOMPUTERAN DAN INFORMATIK (CCI)

  8. PENGARAH PUSAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN INFRASTRUKTUR (PPPI)

  9. PENGARAH UMK KAMPUS JELI

  10. PENGERUSI MAJLIS PROFESOR UNIVERSITI

  11. PEGAWAI KESELAMATAN ICT (ICTSO)

 

URUSETIA

PUSAT KOMPUTERAN & INFORMATIK (CCI)