Dari masa ke semasa, kita telah menyaksikan apa yang di gembar-gemburkan tentang keselamatan siber akhirnya berubah menjadi suatu realiti baru yang menakutkan. Seolah-olah organisasi korporat dan kerajaan tidak berdaya untuk menghentikan serangan siber yang berterusan. Serangan siber kini telah menjadi semakin canggih dan lebih berbahaya berbanding sebelum ini dengan pelbagai taktik baru dan kreatif yang digunakan oleh penjenayah siber.
Adalah wajib bagi setiap organisasi untuk mempunyai strategi keselamatan siber yang teguh dan efektif untuk melindungi kepentingan dan maklumat berharga mereka daripada penjenayah. Pusat Komputeran dan Informatik mengambil serius perkara ini dan sentiasa memastikan bahawa standard keselamatan ICT yang tinggi dilaksanakan untuk melindungi kepentingan Universiti.
CCI sentiasa menggunakan peralatan dan teknologi berkualiti untuk memastikan keselamatan kami pada tahap tertinggi dan terkini.