Pusat Komputeran dan Informatik bekerjasama dengan Pusat Komunikasi Korporat UMK telah berjaya menghasilkan satu sistem yang sangat penting, iaitu Content Management System (CMS) menggunakan platform bahasa pengaturcaraan ColdFusion-Lucee. Sistem ini berfungsi untuk menyelaras dan menguruskan laman web dan portal semua fakulti serta pusat tanggungjawab dalaman di Universiti Malaysia Kelantan. Adalah menjadi keperluan dan kehendak utama bagi semua fakulti dan pusat tanggungjawab dalaman Universiti Malaysia Kelantan untuk mematuhi template CMS yang telah disediakan oleh kami. Oleh itu, langkah ini amat penting untuk memastikan kelancaran pengurusan laman web dan portal di Universiti Malaysia Kelantan. Berikut merupakan process pembangunan portal: