Bagi meningkatkan lagi operasi PTj – PTj di UMK, pihak CCI juga terlibat dalam membangunkan sistem seperti Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRIS), Sistem Maklumat Pelajar (SIS), Sistem Kewangan Pelajar, Portal E-Community dan juga sistem-sistem yang lain. Sistem-sistem yang dibangunkan ini juga diurus dan sentiasa dipantau bagi memastikan pengoperasiannya sentiasa berada tahap yang optimum. Pengubahsuaian kepada sistem juga sentiasa berlaku mengikut keperluan semasa.