Pusat Komputer dan Informatik membekalkan perkhidmatan emel yang mudah dan berkesan untuk kegunaan staf dan pelajar di Universiti Malaysia Kelantan. Perkhidmatan yang menggunakan khidmat Google for Education ini memberikan pelbagai manfaat hebat kepada staf dan pelajar.

 

 

Melalui penggunaan teknologi Google Drive, staf dan pelajar kami boleh menyimpan fail-fail dan rekod peribadi di atas talian. Penggunaan teknologi ini membolehkan fail disimpan di tempat yang selamat, dikongsi bersama bersama rakan-rakan dan diakses dari pelbagai peranti seperti komputer, telefon dan tablet secara atas talian. Staf dan pelajar juga boleh bekerjasama mengemaskini dokumen atau fail bersama-sama, tidak perlu lagi untuk bertukar-tukar emel atau aplikasi chat untuk berkerjasama membangunkan sesuatu dokumen bersama. Setiap perubahan pada dokumen yang dibangunkan akan disimpan selama 30 hari, ini akan membolehkan setiap perubahan pada dokumen dapat disemak dan kembali ke versi yang lama apabila diperlukan.