UMK WIFI

UMK WiFi merupakan salah satu perkhidmatan ICT yang disediakan bagi staf dan pelajar UMK bagi memudahkan capaian ke internet. Kawasan liputan WiFi dianggarkan melebihi 90% melibatkan kawasan yang berpenghuni seperti bangunan pejabat dan  kolej kediaman pelajar.

Ciri-Ciri Utama :-



ZON HOTSPOT

 

IP VPN

Bagi menghubungkan perkhidmatan teknologi maklumat antara kampus-kampus UMK, Pusat Komputeran & Informa??k telah memasang kemudahan Internet Protocol Virtual Private Network (IPVPN). Melalui perkhidmatan ini, perhubungan teknologi maklumat antara kampus-kampus UMK menjadi lebih mudah dan selamat seumpama dalam rangkaian kampus yang sama.

 

CAPAIAN INTERNET

Capaian Internet Khusus -Dedicated Internet Access (DIA) bermaksud kadar spesifik bagi bandwith internet yang telah dilanggan boleh digunakan sepanjang masa tanpa gangguan oleh pengguna lain. Kelebihan perkhidmatan ini adalah seperTI kurangnya gangguan capaian dan juga meningkatkan keselamatan. Ia juga membolehkan trafik muat turun dan muat naik boleh berjalan serentak dengan kadar kelajuan yang tinggi tanpa menjejaskan efisensi rangkaian internet.

 

 

RANGKAIAN MYREN

 

MYREN merupakan rangkaian yang menyambungkan keseluruhan Universiti Awam, Politeknik yang mana menyambungkan ahli akademik, penyelidik dan sain??s seluruh Negara melalui laluan berkelajuan tinggi. 

Rangkaian ini beroperasi secara neutral menggunakan dua teknologi IP iaitu IPv4 & IPV6. Pusat Operasi utama terletak di Cyberjaya yang mana menyambungkan keseluruhan ahli – ahli MYREN terdiri dari UA dan Politeknik diseluruh Malaysia. Rangkaian ini membolehkan perkongsian maklumat, komunikasi dan aktiviti berkolaborasi. MYREN merupakan infrastruktur tunggal yang menyambungkan UA dan Beberapa Universiti Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, Pusat Penyelidikan dan Beberapa Hospital. 

MYREN juga menyambungkan rangkaiannya dengan Malaysia Internet Exchange(MyIX) dan TEIN3

 

TELE PERSIDANGAN

 

Pusat Komputeran & Informatik menyediakan kemudahan tele persidangan video (VC) bagi membantu pensyarah, penyelidik dan kakitangan pentadbiran berkomunikasi dan kolaborasi audio/visual secara masa nyata. Melalui kemudahan ini komunikasi dan kolaborasi di dua(2) a tau lebih lokasi dapat dijalankan secara dua hala melalui transmisi audio dan visual. Kemudahan ini boleh digunakan untuk tujuan pengurusan, pengajaran, penyelidikan dan aktiviti – aktiviti rasmi Universiti Melalui penggunaan teknologi ini,penjimatan seperti kos pergerakandan masa dapat ditngkatkan.

 

 

 

KEMUDAHAN TELEFON

Pusat Komputeran & Informatik, CCI menyediakan dan menguruskan kemudahan infrastruktur Telefon dan memastikan ianya selamat (secure), bolehpercaya (reliable)dan tegar (robust) kepada warga UMK. Ia merangkumi nombor sambungan (extension), naiktaraf kategori nombor, pindahan nombor. Kemudahan ini bertujuan memudahkan staf UMK dan Akademik melakukan komunikasi dengan lebih pantas dan jelas.