Kami beriltizam dan komited untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua warga Universiti Malaysia Kelantan dengan:-

1) Memastikan polisi penerimaan dan tatacara penggunaan komputer dipatuhi seperti mana yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti.

2) Memastikan aduan kerosakan akan diambil tindakan dalam tempoh 3 hari bekerja.

3) Memastikan penyelenggaraan berkala dibuat 2 kali setahun pada semua peralatan ICT supaya sentiasa berkeadaan baik.

4) Memastikan memproses permohonan keperluan asas ICT (seperti peralatan gunasama, internet, telefon dan perkhidmatan juruteknik) dalam masa 2 hari bekerja.

5) Memastikan perkhidmatan rangkaian komputer dapat beroperasi dengan baik pada kadar 95% setahun.

6) Sentiasa menyebarkan maklumat ICT terkini melalui saluran Web dan Email sekurang-kurangnya 12 kali setahun.