Latar Belakang

Mengenai Kami

Pusat Komputeran dan Informatik (CCI) ditubuhkan pada awal tahun 2007 yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Infrastruktur dan ICT. Pusat ini dipertanggungjawabkan bukan sahaja terhadap pengurusan ICT, malah turut merangkumi pembangunan, penyelenggaraan serta perkhidmatan kejuruteraan elektrikal, mekanikal dan awam.

Pada tahun 2009, Jabatan Infrastruktur dan ICT telah dipecahkan kepada dua entiti, iaitu Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) yang memberi fokus kepada ICT, manakala Jabatan Pembangunan, Infrastruktur dan Perkhidmatan (JPIP) bertanggungjawab terhadap pembangunan dan penyelenggaraan bangunan fizikal Universiti serta perkhidmatan kejuruteraan elektrikal, mekanikal, awam, seni bina dan ukur bahan.

Pada akhir tahun 2011, proses perekayasaan dan penstrukturan semula telah dilaksanakan dengan menukar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) kepada Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Seterusnya, pada tahun 2016, satu pembaharuan telah dilaksanakan dengan menjenamakan semula Pusat Teknologi Maklumat (PTM) kepada Pusat Komputeran dan Informatik (CCI).

Berkuat kuasa 1 Februari 2026, Pusat Komputeran dan Informatik (CCI) telah dijenamakan semula sebagai Pusat Transformasi Digital (DiTeC@UMK).

About Us

Visi


Menjadi sebuah institut pengembangan kepakaran, kurikulum, penyelidikan, inovasi dan penyedia infrastruktur dan perkhidmatan ICT yang berkualiti seiring perkembangan ICT termaju global sebagai Teaching Knowledge Factory bagi menghadapi persekitaran yang dinamik dan mencabar di pasaran industri selain mendukung dasar negara untuk membangun modal insan berteraskan pendidikan keusahawanan menerusi aplikasi konsep Technology-Based Learning.  

Misi


  • Menyediakan servis perkhidmatan dan pembangunan infrastruktur ICT yang seiring dengan perkembangan ICT global
  • Menawarkan program pengajian akademik dan profesional ICT berteraskan keusahawanan yang memenuhi pasaran industri  
  • Menyediakan khidmat pakar profesional dan akademik dalam bidang ICT yang boleh dimanfaatkan di setiap peringkat, fakulti dan universiti
  • Meneraju aktiviti perancangan, penyelidikan inovasi ICT dalam pembangunan strategik universiti

Objektif